Posts

What doesn't challenge you, doesn't change you

Assalamualaikum, Saya pernah terbaca kata-kata ni: " What doesn't challenge you, doesn't change you. " Kita semua impikan hidup yang lebih baik. Dengan kehidupan yang lebih baik, hati lebih tenang. Tak kusut sangat fikir macam-macam masalah. Masalah utama hari ni: DUIT. Betul, duit tak boleh beli segalanya. Tapi kalau takde duit, apa pun kita tak boleh beli termasuk keperluan asas. Jadi, kita jangan jadi hamba duit, tapi kita jadilah hamba Allah yang kuat bekerja tanpa mengabaikan suruhanNya. Kita kerja kuat untuk kesenangan orang dalam tanggungan kita. Rezeki tak datang pada orang yang hanya goyang kaki. Kalau ada pun orang goyang kaki, maknanya dia dah kerja kuat kaw kaw awal-awal dulu dan sekarang tunggu hasil aje. Betul tak? Di iReach Shaklee, banyak sebenarnya sisi lain dalam kehidupan yang saya dapat belajar dari ramai orang positif. Kita nak jadi positif, kita kena dekatkan diri dengan orang positif. Kadang-kadang ilmu yang disampaikan boleh ubah sudut pa

Parut campak hilang, kulit licin dengan Herbal Blend

Image
Assalamualaikum semua! Ni kisah (dan screenshot testimoni) sahabat saya yang nak beli Herbal Blend kali kedua, siap tambah nak Herblax lagi untuk lawaskan pembuangan. Kali pertama dulu dia beli Herbal Blend untuk adik lelaki dia, umur 18 tahun yang kena demam campak. Tapi tinggal parut kat muka. Kakaknya pun lupa demam campak ke chicken pox haha. Seingat saya dia kata campak. Scroll balik mesej dedulu, ha memang demam campak. Adik dia pakai seminggu jek, parut semua hilang termasuk yang besar-besar. Alhamdulillah.... kita pun happy dengar sebab asalnya i ols takut juga menjanjikan bulan bintang, sebab biasanya kulit dewasa ni payah sikit nak hilang parut lama kalau hanya tepek-tepek kat kulit, kena bantu dengan vitamin C atau vitamin E iaitu rawat dari dalam. Yang lawaknya sempat pulak adik dia buat pencuci muka tuh! 🤣 takpela janji kulit dah licin semula 😁 So sekarang ibu dia lak nak cuba untuk hilangkan parut jerawat. Yang kawan ni pulak nak sapukan kat punggu

Tips supermom: curi masa selesaikan urusan rumah tangga

Assalamualaikum semua, Saya pasti ramai ibu yang tercari-cari tips mengurus masa dan urusan rumahtangga. Apetah lagi ibu bekerja kan, lagilah perlu tips untuk siapkan kerja cepat. Ibu nak bisnes dari rumah pun sama. Dulu masa bekerja, saya rasa, bestnya duduk rumah boleh jaga anak macam mak-mak kita buat dulu. Siap nyatakan hasrat ini pada suami, dan alhamdulillah suami bagi izin. Bila dah jadi surirumah dan ada anak, eh tak ku sangka takde masa pulak nak goyang kaki. Mungkin sebab kebanyakan kerja hanya dapat berjalan lancar bila anak tido. Kena pulak anak tak boleh kena tinggal. Mak pergi toilet kejap pun dia nangis bukan main. Siap jiran selalu tanya, kenapa anak tu Hani... haha. Bila tak dengar dia nangis tu maknanya kitorang takde kat rumah la hari tu. Ini bukanlah luahan/rungutan jadi surirumah mahupun nak compare dengan yang bekerja. Sekadar nak share pendapat masa bekerja vs masa jadi surirumah sepenuh masa. Sungguh, dulu saya ingat jadi surirumah ni dapat rileks sikit. Bek

10 manfaat Herbal Blend...dan lebih lagi!

Image
Assalamualaikum semua pembaca yang budiman, Hari ni saya nak share tentang salah satu item yang sangat laris iaitu Herbal Blend. Dulu masa saya mula-mula join Shaklee dan masuk group whatsapp members, semua dok excited Herbal Blend baru restock setelah lama takde kat HQ. Saya blur amende la Herbal Blend ni, dan tertanya-tanya kenapa semua pakat borong. Lepas baca banyak-banyak pasal Herbal Blend dan test sendiri krim ni, baru tau kenapa semua orang berebut. Ok so apa itu Herbal Blend? Ia sebenarnya krim multipurpose yang biasanya digunakan untuk rawat masalah kulit. Antara kegunaannya: 1. Melegakan gatal-gatal kulit akibat alahan, ekzema, gegata/sopak garam, gigitan serangga dan lain-lain jenis gatal kulit. Boleh digunakan di kulit kepala yang gatal akibat kelemumur. 2. Menghilangkan parut akibat chicken pox, campak, HFMD. 3. Menghilangkan ruam panas, ruam susu dan ruam lampin pada bayi. 4. Merawat kulit bahagian tumit yang pecah, bibir kering, dan lain-lain bahagian kulit yang ke

Tips dapur: Cara simpan sayur, halia dan lengkuas

Image
Hai..Assalamualaikum semua! Kali ni entry ringkas aje berkenaan tips menyimpan sayur, halia, lengkuas dan last but not least, daun sup. Semua petua ni jumpa masa scroll fb. Hehe. So kita cuba dan memang betul menjadi! Cara simpan sayur untuk lebih tahan lama ialah, cuci bersih sayur, toskan dan simpan dalam bekas yang telah dilapik dengan tisu dapur. Lepas tu tutup bekas tu dan simpan dalam peti sejuk ya. Contoh yang saya dah buat tu kacang buncis dan kobis yang telah dipotong. Kacang buncis tu dah seminggu. Kobis tu baru semalaman haha tapi masih segar krup krap lagi. Lain-lain tanaman yang boleh dibuat cara sama termasuklah lada besar, lada benggala, cili api (buang tangkainya - dapat lebih tahan lama hingga sebulan lebih), kacang botol, kacang panjang dan banyak lagi. Boleh try la kan jimat sikit, takdela asyik buang yang dah rosak dalam peti sejuk tu... Ni pula cara simpan lengkuas dan halia. Isikan lengkuas/halia dalam bekas dan isi air hingga tenggelam halia/lengkuas tadi. Tutu

Kisah anak yang picky eater

Assalamualaikum, Kalau ada anak yang tak mahu makan, memang runsing mak ayahnya kan? Saya ada 2 anak perempuan, yang sulung 2 tahun 10 bulan, yang bongsu setahun 7 bulan. Yang adik tu saya memang tak risau sebab apa yang disuap, dia makan je. Si kakaknya yang sangat memilih makan dan selera makannya tak menentu. Tak boleh diramal. Ada satu hari tu saya buat roti bakar telur manis untuk sarapan, si kakak makan la dalam 4 keping kecik=1 keping roti sandwich. Kira banyak la tu. Biasanya roti dia gigit sikit, kunyah-kunyah pastu buang. Bukan roti je, hampir semua yang dia makan dia buat macam tu. Macam makan gula-gula getah pulak dibuatnya. M akan tengah hari dah lewat sikit dalam pukul 2. Sengaja tak bagi susu sebelum tu sebab nak suruh kakak makan punya pasal. Tapi tetap jugak tak makan. Yang disuap tu dikeluarkan balik then berlakon konon-konon terbatuk-batuk la, sakit mulut la, sakit kaki la. Last-last mama hilang sabar menyuap dia makan dan bagi susu aje sebab memang dia mintak sus

First time dengar tentang Shaklee...

Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi, Nak tanya sikit ni... Bila first time korang dengar pasal Shaklee? Saya first time dengar masa 2013 kot..tak ingat dah. Masa tu, lalu la iklan Shaklee kat wall...baca-baca, pastu biar sajalah. Bukannya ada sakit apa pun. Makan jugak supplement brand lain tapi biasa je rasa. Tak hilang jugak pening, lenguh. So demotivated terus nak ambil tau tentang supplement lain. Hmm. Lepas tu masa tengah tahun 2013 tu, suami googlekan penawar untuk sakit senggugut teruk dan belikan GLA complex. Memang berkesan untuk legakan senggugut. Seriously. Biasanya saya terpaksa ambil MC tiap-tiap first day dan baring aje kat tilam sambil tuam perut dengan beg air panas. Tak cukup dengan tu, siap berselimut atau berstokin sebab tak boleh kena angin. Bila sejuk lagi la sakit kat bawah perut macam urat tu direntap dan dilepaskan gitu. Ambil masa berjam-jam baru hilang sepenuhnya. Senggugut akan berkurangan pada hari esoknya dan hilang bila masuk hari keempat. Tap