Posts

Showing posts from 2017

What doesn't challenge you, doesn't change you

Assalamualaikum, Saya pernah terbaca kata-kata ni: " What doesn't challenge you, doesn't change you. " Kita semua impikan hidup yang lebih baik. Dengan kehidupan yang lebih baik, hati lebih tenang. Tak kusut sangat fikir macam-macam masalah. Masalah utama hari ni: DUIT. Betul, duit tak boleh beli segalanya. Tapi kalau takde duit, apa pun kita tak boleh beli termasuk keperluan asas. Jadi, kita jangan jadi hamba duit, tapi kita jadilah hamba Allah yang kuat bekerja tanpa mengabaikan suruhanNya. Kita kerja kuat untuk kesenangan orang dalam tanggungan kita. Rezeki tak datang pada orang yang hanya goyang kaki. Kalau ada pun orang goyang kaki, maknanya dia dah kerja kuat kaw kaw awal-awal dulu dan sekarang tunggu hasil aje. Betul tak? Di iReach Shaklee, banyak sebenarnya sisi lain dalam kehidupan yang saya dapat belajar dari ramai orang positif. Kita nak jadi positif, kita kena dekatkan diri dengan orang positif. Kadang-kadang ilmu yang disampaikan boleh ubah sudut pa...

Parut campak hilang, kulit licin dengan Herbal Blend

Image
Assalamualaikum semua! Ni kisah (dan screenshot testimoni) sahabat saya yang nak beli Herbal Blend kali kedua, siap tambah nak Herblax lagi untuk lawaskan pembuangan. Kali pertama dulu dia beli Herbal Blend untuk adik lelaki dia, umur 18 tahun yang kena demam campak. Tapi tinggal parut kat muka. Kakaknya pun lupa demam campak ke chicken pox haha. Seingat saya dia kata campak. Scroll balik mesej dedulu, ha memang demam campak. Adik dia pakai seminggu jek, parut semua hilang termasuk yang besar-besar. Alhamdulillah.... kita pun happy dengar sebab asalnya i ols takut juga menjanjikan bulan bintang, sebab biasanya kulit dewasa ni payah sikit nak hilang parut lama kalau hanya tepek-tepek kat kulit, kena bantu dengan vitamin C atau vitamin E iaitu rawat dari dalam. Yang lawaknya sempat pulak adik dia buat pencuci muka tuh! 🤣 takpela janji kulit dah licin semula 😁 So sekarang ibu dia lak nak cuba untuk hilangkan parut jerawat. Yang kawan ni pulak nak sapukan kat punggu...

Tips supermom: curi masa selesaikan urusan rumah tangga

Assalamualaikum semua, Saya pasti ramai ibu yang tercari-cari tips mengurus masa dan urusan rumahtangga. Apetah lagi ibu bekerja kan, lagilah perlu tips untuk siapkan kerja cepat. Ibu nak bisnes dari rumah pun sama. Dulu masa bekerja, saya rasa, bestnya duduk rumah boleh jaga anak macam mak-mak kita buat dulu. Siap nyatakan hasrat ini pada suami, dan alhamdulillah suami bagi izin. Bila dah jadi surirumah dan ada anak, eh tak ku sangka takde masa pulak nak goyang kaki. Mungkin sebab kebanyakan kerja hanya dapat berjalan lancar bila anak tido. Kena pulak anak tak boleh kena tinggal. Mak pergi toilet kejap pun dia nangis bukan main. Siap jiran selalu tanya, kenapa anak tu Hani... haha. Bila tak dengar dia nangis tu maknanya kitorang takde kat rumah la hari tu. Ini bukanlah luahan/rungutan jadi surirumah mahupun nak compare dengan yang bekerja. Sekadar nak share pendapat masa bekerja vs masa jadi surirumah sepenuh masa. Sungguh, dulu saya ingat jadi surirumah ni dapat rileks sikit. Bek...

10 manfaat Herbal Blend...dan lebih lagi!

Image
Assalamualaikum semua pembaca yang budiman, Hari ni saya nak share tentang salah satu item yang sangat laris iaitu Herbal Blend. Dulu masa saya mula-mula join Shaklee dan masuk group whatsapp members, semua dok excited Herbal Blend baru restock setelah lama takde kat HQ. Saya blur amende la Herbal Blend ni, dan tertanya-tanya kenapa semua pakat borong. Lepas baca banyak-banyak pasal Herbal Blend dan test sendiri krim ni, baru tau kenapa semua orang berebut. Ok so apa itu Herbal Blend? Ia sebenarnya krim multipurpose yang biasanya digunakan untuk rawat masalah kulit. Antara kegunaannya: 1. Melegakan gatal-gatal kulit akibat alahan, ekzema, gegata/sopak garam, gigitan serangga dan lain-lain jenis gatal kulit. Boleh digunakan di kulit kepala yang gatal akibat kelemumur. 2. Menghilangkan parut akibat chicken pox, campak, HFMD. 3. Menghilangkan ruam panas, ruam susu dan ruam lampin pada bayi. 4. Merawat kulit bahagian tumit yang pecah, bibir kering, dan lain-lain bahagian kulit yang ke...

Tips dapur: Cara simpan sayur, halia dan lengkuas

Image
Hai..Assalamualaikum semua! Kali ni entry ringkas aje berkenaan tips menyimpan sayur, halia, lengkuas dan last but not least, daun sup. Semua petua ni jumpa masa scroll fb. Hehe. So kita cuba dan memang betul menjadi! Cara simpan sayur untuk lebih tahan lama ialah, cuci bersih sayur, toskan dan simpan dalam bekas yang telah dilapik dengan tisu dapur. Lepas tu tutup bekas tu dan simpan dalam peti sejuk ya. Contoh yang saya dah buat tu kacang buncis dan kobis yang telah dipotong. Kacang buncis tu dah seminggu. Kobis tu baru semalaman haha tapi masih segar krup krap lagi. Lain-lain tanaman yang boleh dibuat cara sama termasuklah lada besar, lada benggala, cili api (buang tangkainya - dapat lebih tahan lama hingga sebulan lebih), kacang botol, kacang panjang dan banyak lagi. Boleh try la kan jimat sikit, takdela asyik buang yang dah rosak dalam peti sejuk tu... Ni pula cara simpan lengkuas dan halia. Isikan lengkuas/halia dalam bekas dan isi air hingga tenggelam halia/lengkuas tadi. Tutu...

Kisah anak yang picky eater

Assalamualaikum, Kalau ada anak yang tak mahu makan, memang runsing mak ayahnya kan? Saya ada 2 anak perempuan, yang sulung 2 tahun 10 bulan, yang bongsu setahun 7 bulan. Yang adik tu saya memang tak risau sebab apa yang disuap, dia makan je. Si kakaknya yang sangat memilih makan dan selera makannya tak menentu. Tak boleh diramal. Ada satu hari tu saya buat roti bakar telur manis untuk sarapan, si kakak makan la dalam 4 keping kecik=1 keping roti sandwich. Kira banyak la tu. Biasanya roti dia gigit sikit, kunyah-kunyah pastu buang. Bukan roti je, hampir semua yang dia makan dia buat macam tu. Macam makan gula-gula getah pulak dibuatnya. M akan tengah hari dah lewat sikit dalam pukul 2. Sengaja tak bagi susu sebelum tu sebab nak suruh kakak makan punya pasal. Tapi tetap jugak tak makan. Yang disuap tu dikeluarkan balik then berlakon konon-konon terbatuk-batuk la, sakit mulut la, sakit kaki la. Last-last mama hilang sabar menyuap dia makan dan bagi susu aje sebab memang dia mintak sus...

First time dengar tentang Shaklee...

Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi, Nak tanya sikit ni... Bila first time korang dengar pasal Shaklee? Saya first time dengar masa 2013 kot..tak ingat dah. Masa tu, lalu la iklan Shaklee kat wall...baca-baca, pastu biar sajalah. Bukannya ada sakit apa pun. Makan jugak supplement brand lain tapi biasa je rasa. Tak hilang jugak pening, lenguh. So demotivated terus nak ambil tau tentang supplement lain. Hmm. Lepas tu masa tengah tahun 2013 tu, suami googlekan penawar untuk sakit senggugut teruk dan belikan GLA complex. Memang berkesan untuk legakan senggugut. Seriously. Biasanya saya terpaksa ambil MC tiap-tiap first day dan baring aje kat tilam sambil tuam perut dengan beg air panas. Tak cukup dengan tu, siap berselimut atau berstokin sebab tak boleh kena angin. Bila sejuk lagi la sakit kat bawah perut macam urat tu direntap dan dilepaskan gitu. Ambil masa berjam-jam baru hilang sepenuhnya. Senggugut akan berkurangan pada hari esoknya dan hilang bila masuk hari keempat. Tap...

Mini Zoo Kemaman

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera, Kita throwback sikit. Nak cerita tentang Mini Zoo Kemaman yang mungkin tak ramai tahu. Saya dan suami pun baru pergi awal tahun hari tu, saja nak tengok-tengok ada haiwan apa sebenarnya. Tambahan pula anak-anak umur 2 tahun setengah dan setahun 3 bulan masa tu, memang tengah excited tengok haiwan. Waktu operasi mini zoo ni adalah: Ahad - Khamis: 10 pagi - 5 petang Jumaat, Sabtu & cuti umum: 9.30 pagi - 5 petang Masuk RM10 untuk dewasa, kanak-kanak umur 5-12 tahun RM7. Bawah 5 tahun kira free. Ok la, sesuai la dengan harga tiket tu. Hehe. Boleh jadi tempat kunjungan family, bagus untuk anak-anak nak tengok haiwan-haiwan liar secara live. Mula-mula masuk tu bayar tiket dan tunggu train dia kejap. Sepanjang jalan masuk tu boleh tengok burung kasawari kat sebelah kanan. Nak jalan kaki macam jauh juga so naik ajelah train. Hehe. Lepas turun, belakang pondok menunggu train tu ada akuarium. Ada beberapa jenis je ikan, masa kami pergi tu airnya...

Manfaat pil kalsium Ostematrix

Assalamualaikum semua, Hari ni kita nak cerita tentang kalsium. Apa senario yang berlaku di Malaysia hari ini? Hasil kajian UPM dan Universiti Otago, kebanyakan wanita di Malaysia mendapat tak sampai 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang; antara faktor utama penyakit osteoporosis atau tulang rapuh. Kata Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe: “Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang." "Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya. Sumber bacaan: pmr.penerangan.gov .......... Wahai kaum Hawa sekalian, doktor yang bagitau umur 30-an dah start risiko tulang rapuh. Lagi-lagi yang kurang suka minum susu. Lagi kritikal kalau mengandung atau menyusukan baby tapi mak kurang a...

Resepi: Roti Bakar Telur Manis

Image
Assalamualaikum & selamat pagi! Hari ni saya nak share satu resepi yang diajarkan oleh suami saya. Rindu nak makan katanya, suka makan masa zaman belajar di UTP dulu. Resepi ni berjaya la buat si anak yang picky eater tu, makan banyak sikit. Kalau tak, memang dia nak susu je, tak nak makan langsung. Apa saja yang kita suap, dia kunyah-kunyah lepas tu dia buang. Risau mama. So sesiapa yang ada anak kecil payah makan, try la resepi ni, mana tau anak suka. Hehe. Mak budak pun suka tau... Roti Bakar Telur Manis 4-5 keping roti (bergantung pada saiz telur) 2 biji telur 2 sudu besar susu pekat manis Sedikit susu segar Sedikit garam Pukul telur bersama susu pekat, susu segar dan garam. Lepas tu celup roti dan masak atas kuali non-stick. Kalau nak garing sikit kat tepi roti tu, boleh la letak minyak sikit je dalam kuali non-stick. Lohhh resepi roti telur jela kan cuma tambah pemanis. Hehe. Saya pun tak tau kenapa dipanggil roti bakar. Tapi nak effect garing boleh la letak minyak s...

Aktiviti menulis kanak-kanak: tekanan sewaktu menulis

Image
Assalamualaikum semua, Kini kita sambung ilmu tentang perkembangan anak-anak pula ya. Saya sampaikan aje di blog, ilmu ni saya dapat dari Facebook Liyana Raya. Tepek di blog sebagai rujukan sendiri dan semua pembaca. Dok share kat FB cepat sangat lupa. Scroll scroll pastu jauh sangat dah. Hehe. Jom mula baca. ============================= Menulis bukan sekadar training anak dengan pensel dan kertas serta mewarna sahaja. Ada satu komponen utama dalam menulis yang paling penting, iaitu: TEKANAN SEMASA MENULIS Kanak-kanak yang terlalu menekan ketika menulis dan juga memberikan 'light pressure' (kurang tekanan) ketika menulis dikatakan menghadapi masalah dengan ketahanan otot mereka (muscle endurance). Bagi kanak-kanak seperti ini, mereka banyak menunjukkan simptom: 🌸Letih ketika menulis 🌸Mudah give up dalam menulis 🌸Pegang pensil menggunakan 5 jari (ketika usia sudah 5 tahun dan ke atas) 🌸Sukar duduk lama ketika aktiviti m...

Kenapa Vitamin C Shaklee berbeza dengan vitamin c lain?

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera.. Bayangkan situasi ni..... Satu hari kita masuk farmasi Watson dan terdetik nak belek-belek bahagian vitamin. Memang nak cari pun vitamin C sebab kita ni kurang makan buah. So kita pun ambik sebotol. Harga pun menarik, packaging nampak meyakinkan. Tengok label, wow tinggi kandungannya. 1000mg ascorbic acid. Mesti bagus ni. Haa...pernah tak buat macam ni? Saya pun pernah. Masa tu takde ilmu lagi sob sob. Tahu tak, sebenarnya kandungan vitamin C terlalu tinggi dalam satu masa tak semestinya bagus? Silap-silap sebahagian kecik je diserap badan, baki yang masih banyak tu keluar balik ikut air kencing. Jadilah "expensive urine". Kan membazir tu...vitamin pun bukannya murah hingga nak dibazirkan sebegitu rupa. Huhuk. Vitamin C memang mudah keluar dari badan kita sebab dia ni vitamin larut air. Jadi, macam mana nak pastikan badan kita dapat keseluruhan kandungan vitamin C yang kita makan? Jom amalkan Vitamin C dari Shaklee. Apa ist...

Cara Vivix bertindak ke atas sel badan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ok hari ni kita nak sambung tentang Vivix, tentang macam mana tindakan Vivix dalam membantu menyihatkan sel-sel kita. Sebelum tu, untuk lebih pemahaman, saya cerita sikit tentang sistem badan kita. Unit paling kecil dalam badan kita adalah sel. Sel-sel berkumpul membentuk tisu. Tisu-tisu membentuk otot dan organ seperti jantung, hati, peparu, buah pinggang, usus, kulit dan sebagainya. Begitu juga dengan darah yang terdiri daripada berbillion sel darah merah, sel darah putih, platelet dan sebagainya. Sehingga kini, saintis masih belum dapat kaji berapa jumlah sel dalam badan manusia secara purata, tapi mereka memberi anggaran sekitar 34 trillion sel dalam badan kita. Fuh berapa banyak sebenarnya trillion ni? Sejuta darab sejuta. MasyaAllah. Betapa hebat ciptaan Allah. Dalam jutaan sel tu pula, ada sel yang cepat mati dan sentiasa berganti, ada yang lambat mati dan lambat digantikan. Sel-sel yang rosak dan mati perlu diganti supaya badan ...

5 tanda kanak-kanak yang bagus "self-regulation"

Assalamualaikum semua... Post ini tentang tingkah laku kanak-kanak. Diharapkan dapat beri manfaat pada ibu bapa di luar sana ya. Nota ni saya dapat dari Facebook Ilyani Munsarikh. Saya panjangkan di blog sebagai rujukan saya di masa akan datang serta rujukan semua pembaca blog ini =) 5 tanda kanak-kanak bagus 'self-regulation' ......................................................................... Ibubapa dan pendidik perlu tahu membezakan antara kemahiran sosio-emosi dengan self-regulation. Kemahiran sosio-emosi sangat luas skopnya. Manakala self-regulation sebahagian daripada kemahiran sosio-emosi. Kanak-kanak yang ada self-regulation akan boleh bergaul dengan baik samada dengan rakan sebaya atau masyarakat. Latihan sejak kecil amat perlu untuk memastikan kelangsungan hidup dalam masyarakat dan menghadapi cabaran masa hadapan. Antara tanda kanak-kanak yang bagus self-regulation adalah seperti berikut: 1) Apabila bermain berkumpulan minima 2 orang, boleh ikut peratura...

Vivix: 4 bahan utama

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entri kali ni adalah tentang ramuan Vivix. Apa itu Vivix? Vivix merupakan produk yang sangat kaya dengan antioksida , keberkesanannya disokong oleh kajian saintifik ke atas manusia sendiri dan direkodkan dalam Landmark Study II. Di lain masa, saya akan ceritakan tentang Landmark Study dan Landmark Study II ya. Sebelum itu, apa itu antioksida? Apakah kepentingannya? Antioksida merupakan bahan yang diperlukan oleh tubuh kita untuk meneutralkan radikal bebas dalam tubuh badan kita. Radikal bebas adalah bahan sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses-proses kimia dalam badan. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel badan dan memberi kesan terhadap tahap kesihatan sel dan DNA kita. Radikal bebas terhasil daripada proses pengoksidaan dalam badan, manakala faktor luaran adalah seperti asap pencemaran, asap rokok, pendedahan terhadap cahaya matahari, pemakanan kurang sihat dan sebagainya. Badan kita secara normalnya b...

Shaklee halal tak?

Assalamualaikum semua... Post kali ini nak terangkan tentang status halal produk Shaklee. Maklumlah produk dibuat di US. Semestinya sebagai orang Islam kita mesti ambil tahu dulu, halal tak makanan yang nak diambil ni? Ok jangan risau saudara-saudari... saya akan terangkan satu2 ya.. 1. Produk Shaklee halal tak? Produk Shaklee sememangnya halal. Shaklee telah diiktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang merupakan badan halal yang juga diiktiraf oleh JAKIM. 2. Kenapa bukan JAKIM yang iktiraf dan bagi sijil halal? Proses audit halal memerlukan pihak JAKIM pergi ke kilang pemprosesan...tapi kilang Shaklee ni di California jadi tak cost effective lah untuk pihak JAKIM terbang ke sana. Di Malaysia sendiri pun banyak kilang yang memerlukan pengawasan pihak JAKIM, jadi adalah lebih baik jika JAKIM audit cara pemberian sijil halal oleh badan halal di sana dan iktiraf mereka sekiranya JAKIM bersetuju dan berpuas hati dengan badan tersebut. Jimat masa, wang dan ten...

Shaklee Community Health Event May 2017

Image
Assalamualaikum semua! Bila last korang semua buat health check? Pernah buat bone density check tak? Nak periksa kepadatan tulang kita. Tak pernah atau dah lama tak buat? Haaa berita baik. Boleh pergi ke Shaklee Community Health Event kat Sunway Geo Tower. Event ni bersempena pembukaan HQ baru Shaklee. 2 minggu lepas (6-7 May) pun dah ada buat tapi senarai test dan agendanya lain sikit. Yang last 2 weeks tu saya pergi dengan suami dan adik saya. Best tau. Ingatkan nak singgah kejap je check tahap kesihatan... sekali lekat pulak main games semua dan masuk tornado chamber, grab sebanyak mana points dan pergi tebus hadiah! Hadiah tu kalau beli sendiri, mau dekat RM100. Hadiah yang berjaya dirembat Health check pada minggu tu adalah ujian gula, kolestrol, analisa berat badan (BMI), tekanan darah, kepadatan tulang. Berbaloi sangat sebab dapat buat semua tu free je. Kalau nak cek sendiri, seratus lebih jugak rasanya kos dia. So minggu ni (20-21 May 201...

Rawat senggugut teruk dan ikhtiar hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Siapa kat sini bila tiba waktu period, terpaksa ambil MC, tuam perut dengan beg air panas, siap berstokin macam orang berpantang? Saya dulu pernah macam tu. Makan ubat tapi lama-lama dos kena makin naik pulak. Doktor kata, bukan sebab badan dah jadi "lali" dengan ubat, tapi sebab tahap sakit tu dah bertambah. Bimbang jugak tiap kali senggugut nak kena makan ubat kan. Pergi scan, takde apa yang abnormal. So doktor rumuskan mungkin sebab perubahan hormon, sebab stress, pemakanan ke...tak pastilah mana satu. Satu hari, suami belikan GLA Complex untuk saya. Asalnya untuk bantu perihal senggugut ni la, plus nak ikhtiar dapat baby, hihi. Sebab dah lebih 6 bulan kahwin, belum pregnant lagi. Lagipun lepas kahwin kitaran period tetibe jadi 2 bulan sekali pulak. Lagi payahnya nak agak bila waktu subur kan. Dah le PJJ masa tu. So, saya masa tu ikut jela arahan makan sebiji sehari. Amazingly, memang sakit senggugut berkurang. Selalunya saya sen...

Family vacation: Cameron Highlands

Assalamualaikum semua! 2 minggu lepas, Terengganu cuti selang sehari dalam minggu terakhir bulan April tu. So husband ajak bercuti ke Cameron Highlands sekali dengan family mentua dan kakak ipar. Last pergi ke sana masa tengah pregnant anak kedua, tahun 2015. Biasanya setiap kali pergi sana mesti pergi Strawberry Park. Kali ni, dah decide awal-awal taknak dah tempat yang sama. Dan nak merasa petik strawberi sendiri. Haha. Sebenarnya lebih kepada nak bagi anak-anak merasa. Hari Rabu pagi, kitorang pusing-pusing Kuala Terengganu dulu sebelum balik Kelantan. Khamis, pergi jejalan Rantau Panjang tapi tak beli apa pun 😅. Then pergi Aeon Mall KB saje la cari sweater budak-budak kat sana. Kat Rantau Panjang tak jumpa yang berkenan kih2. Jumaat tengah hari baru gerak dari Tanah Merah ke Cameron Highlands. Bawa bekal nasi dan lauk, senang makan ramai-ramai. Jimat dan sedap. Sampai kat Kampung Raja, hujan lebat sehingga air bertakung kat sesetengah tempat. Cuak juga la terpaksa h...

Pengedar Shaklee Kemaman 2017 yang aktif dan awesome

Image
Assalamualaikum kepada semua pembaca... Bersempena post pertama ni kita nak intro dulu la. Jom kita berkenalan! Haiiii.. nama saya Nur Azhani binti Amdan, berumur 30 tahun pada tahun 2017 ni. Berasal dari Maran, Pahang tapi menetap di Kemaman, Terengganu. Alhamdulillah sudah berkahwin dan ada dua puteri comel umur 2 tahun lebih dan setahun lebih. So boleh la panggil Hani je senang nak ingat  ^_^ Tujuan saya join Shaklee - salah satunya untuk hidup lebih sihat. Kenapa? Sebab walaupun umur baru masuk 30, badan selalu rasa lemau, lenguh-lenguh. Selalu kita yang ada anak kecik-kecik ni mesti rasa faktor anak kecik la kan; dia meragam buat kita tak cukup tidur, dia aktif sangat sampai kita tak cukup rehat, dan sebagainya. Betul ke letih sebab anak kecik aje? Hmmm... Kalau tengok balik cara hidup kita, terutamanya cara pemakanan kita, lengkap tak nutrisi harian kita? Bila buat survey rata-rata orang mesti kata, selalunya tak ikut pun piramid makanan untuk makanan seimban...