Kisah anak yang picky eater
Assalamualaikum,
Kalau ada anak yang tak mahu makan, memang runsing mak ayahnya kan? Saya ada 2 anak perempuan, yang sulung 2 tahun 10 bulan, yang bongsu setahun 7 bulan. Yang adik tu saya memang tak risau sebab apa yang disuap, dia makan je. Si kakaknya yang sangat memilih makan dan selera makannya tak menentu. Tak boleh diramal.
Ada satu hari tu saya buat roti bakar telur manis untuk sarapan, si kakak makan la dalam 4 keping kecik=1 keping roti sandwich. Kira banyak la tu. Biasanya roti dia gigit sikit, kunyah-kunyah pastu buang. Bukan roti je, hampir semua yang dia makan dia buat macam tu. Macam makan gula-gula getah pulak dibuatnya.
Makan tengah hari dah lewat sikit dalam pukul 2. Sengaja tak bagi susu sebelum tu sebab nak suruh kakak makan punya pasal. Tapi tetap jugak tak makan. Yang disuap tu dikeluarkan balik then berlakon konon-konon terbatuk-batuk la, sakit mulut la, sakit kaki la. Last-last mama hilang sabar menyuap dia makan dan bagi susu aje sebab memang dia mintak susuu aje.
Bukanlah dia tak makan langsung, tapi dalam sebulan boleh kira dengan jari berapa kali je dia memang makan betul-betul. Semalam kalau dia suka sangat mi goreng, hari ni dia tak nak sentuh langsung. Hari ni dia suka sangat jemput-jemput jagung, esok mungkin dia cakap "ee yuck".
Setiap hari kena try and error. In the end terpaksa juga bagi susu dalam kuantiti lebih sikit since dia tak makan langsung. Mak mana yang tak risau kalau anak makan gaya macam ni? Nutrisi dah tentu-tentu tak lengkap.
Sejam baru siap bagi makan. Kering dah nasi kat jari mama. Tu pun siap ugut "kalau tak makan tak boleh gi jalan". Alahai anak. Malas la asyik nak kena ugut-ugut nak suruh makan.
Frust tau mama... Siapa lagi ada masalah anak picky eater ni? Apa yang korang buat ye?
...................................
Antara feedback yang saya dapat dari kawan-kawan:
- cuba pujuk anak. Jangan marah. Bagitahu kalau makan ni, boleh jadi kuat macam boboiboy/ultraman...boleh jadi pandai macam Didi/Nana/Jojo... boleh jadi bijak macam Upin Ipin (apa2 watak yang anak suka). Kalau asyik marah, takut dia rasa, waktu makan ni waktu tak best sebab asyik kena marah. Lagilah tak nak makan sampai bila-bila huhu.
- kalau anak-anak tak bagi kerjasama, buat drama sikit, kesian mama, penat mama masak...nanti nangis mama kalau kakak tak makan...
- dia tumpahkan air atau makanan, jangan marah dulu. Ajak dia ambik kain dan lapkan air. Baru dia lama-lama faham, ooh bila air tumpah kena buat macam ni.
- buatkan nasi bulat-bulat (ikut saiz anak senang makan) dan boleh isikan sayur, ayam atau ikan dalam bebola nasi tu. Mungkin anak lebih tertarik nak makan.
Dalam senarai tips tu ada kadang-kadang berjaya juga buat dia makan. Tapi itulah sangat tak konsisten. Tapi mana-mana pembaca yang ada masalah sama, boleh la try ye. Mana tau menjadi kat anak masing-masing. Kalau ada cadangan pun dipersilakan sangat drop di ruangan komen.
Jumpa lagi di lain entry... wassalam..
Comments
Post a Comment