Family vacation: Cameron Highlands

Assalamualaikum semua!

2 minggu lepas, Terengganu cuti selang sehari dalam minggu terakhir bulan April tu. So husband ajak bercuti ke Cameron Highlands sekali dengan family mentua dan kakak ipar. Last pergi ke sana masa tengah pregnant anak kedua, tahun 2015.

Biasanya setiap kali pergi sana mesti pergi Strawberry Park. Kali ni, dah decide awal-awal taknak dah tempat yang sama. Dan nak merasa petik strawberi sendiri. Haha. Sebenarnya lebih kepada nak bagi anak-anak merasa.

Hari Rabu pagi, kitorang pusing-pusing Kuala Terengganu dulu sebelum balik Kelantan. Khamis, pergi jejalan Rantau Panjang tapi tak beli apa pun 😅. Then pergi Aeon Mall KB saje la cari sweater budak-budak kat sana. Kat Rantau Panjang tak jumpa yang berkenan kih2.

Jumaat tengah hari baru gerak dari Tanah Merah ke Cameron Highlands. Bawa bekal nasi dan lauk, senang makan ramai-ramai. Jimat dan sedap. Sampai kat Kampung Raja, hujan lebat sehingga air bertakung kat sesetengah tempat. Cuak juga la terpaksa harung air tu... Alhamdulillah takde perkara buruk sepanjang ada kat sana.

Kitorang dapat homestay yang cantik. Bangunan apartment baru sebelah pasar malam. Baru tau pasar malam dah pindah tempat hehe. Malam tu pergi pasar malam, beli stokin untuk semua orang sebab extra sejuk bila hujan di Cameron.

Hari Sabtu, kitorang pergi Taman Rama-rama. Harga tiket dah naik jadi RM7. Puas hati la bebudak tengok rama-rama dan pelbagai haiwan lain kat dalam tu. Oh ya, ada tambahan ladang bunga kat belakang taman tu. Ok la berbaloi la dengan harga tiket tu 😊.

Tengah hari pergi lunch di Kea Farm. Nak tau tak, bahagian kedai yang pernah terbakar kat bangunan parking Kea Farm tu, kini dah jadi hotel dan taman cantik plus ada kafe yang sedap dan murah makanannya. Best sangat!

Actually kitorang parking kat Raju's Hill sebab tak sangka kat Kea Farm banyak juga parking kosong. So alang-alang nak petik strawberi, try la kat Raju's Hill tu.  Bayar RM30 untuk 2 orang masuk, kena petik at least setengah kilogram strawberi. Mahal? Agak la. Takpe demi pengalaman hahah. Best tengok gelagat anak sulung cuba petik strawberi.

Esoknya, Ahad, kitorang sarapan kat Kampung Taman Sedia, saja nak merasa Nasi Lemak Sambal Strawberi. My take: biasa aja. Hehe. Kat sini petik strawberi cuma bayar RM20 aje. Haha. So next time pergi Taman Sedia aje la kalau nak merasa petik strawberi ya. Cuma strawberinya kecik sikit berbanding kat Raju's Hill.

Then kitorang pergi ke Kea Farm, borong ubi keledek dan jagung manis, coklat strawberi dan kordial buah sikit untuk jadi buah tangan. Masa ni dah ramai sangat orang. Jemmm... Maybe ramai yang baru datang Cameron sebab esoknya Isnin tu cuti Hari Pekerja.

Cancel pergi ladang teh Sungai Palas dan Taman Lavender sebab ramai sangat orang. Jalan nak masuk Sg Palas jem tak gerak-gerak. Hahadoi. So kitorang turun lagi ke arah Kampung Raja..pergi ke Cameron Valley. Best jugak terus boleh masuk ladang teh. Kalau nak naik ATV pun boleh tau..bawak sampai ke puncak bukit. Tak ingat pula bayar berapa.

Lepas tu kitorang balik ke Tanah Merah. Sekian laporan percutian kami hihik. Pesanan sebelum ke Cameron:

1. Kalau boleh tengok ramalan cuaca. Yang tak tahan sejuk jangan pergi masa hujan. Haha. Musim tengkujuh pun cuak juga ya..takut jadi tanah runtuh ke apa kan. Moga-moga tiadalah kejadian tak diingini.

2. Cuba elakkan masa cuti panjang. Sebab confirm jem dan kita terpaksa batalkan beberapa agenda sebab nak kejar masa.

3. Booking homestay awal-awal at least dalam 2 minggu sebelum. Kalau dah sampai baru nak cari alamatnya memang payah. Tapi takpe hotel ada kikiki.

4. Nak jimat bab makan? Bawak bekal siap-siap dari rumah. Especially kalau dah tau jalan yang kita bakal lalui tu memang payah nak jumpa kedai makan. Kat homestay, boleh masak nasi dan beli la lauk kesukaan di pasar malam. Kalau berdua aje bercuti tak kisah la nak beli semua. Kalau 10 orang? Ha banyak jimat kalau masak sendiri. Untuk dinner aje pun takpe dah, selamat juga duit. Hihi.

Ada lagi tips? Boleh tepek kat komen ya 💓

Comments

Popular posts from this blog

Mini Zoo Kemaman

Kisah anak yang picky eater

Tips supermom: curi masa selesaikan urusan rumah tangga