Aktiviti menulis kanak-kanak: tekanan sewaktu menulis
Assalamualaikum semua,
Kini kita sambung ilmu tentang perkembangan anak-anak pula ya. Saya sampaikan aje di blog, ilmu ni saya dapat dari Facebook Liyana Raya. Tepek di blog sebagai rujukan sendiri dan semua pembaca. Dok share kat FB cepat sangat lupa. Scroll scroll pastu jauh sangat dah. Hehe. Jom mula baca.
=============================
Menulis bukan sekadar training anak dengan pensel dan kertas serta mewarna sahaja.
Ada satu komponen utama dalam menulis yang paling penting, iaitu:
TEKANAN SEMASA MENULIS
Kanak-kanak yang terlalu menekan ketika menulis dan juga memberikan 'light pressure' (kurang tekanan) ketika menulis dikatakan menghadapi masalah dengan ketahanan otot mereka (muscle endurance).
Bagi kanak-kanak seperti ini, mereka banyak menunjukkan simptom:
🌸Letih ketika menulis
🌸Mudah give up dalam menulis
🌸Pegang pensil menggunakan 5 jari (ketika usia sudah 5 tahun dan ke atas)
🌸Sukar duduk lama ketika aktiviti menulis
🌸Banyak menunjukkan postur badan yang tidak betul
Kebanyakan kanak-kanak yang tidak melalui proses merangkak atau merangkak dalam jangka masa yang sekejap akan ada simptom ini.
(Tolonglah jangan bandingkan kita yang dulu tak merangkak dengan budak zaman sekarang. Kita dulu banyak bergerak, budak sekarang banyak duduk).
Di antara sebab lain juga adalah kanak-kanak terlalu banyak didedahkan dengan gadget dan aktiviti yang terlalu banyak duduk dan jarang menggunakan tangan untuk melakukan aktiviti pergerakan.
Otot tangan ni kena selalu banyak diberikan latihan untuk 'letih'. Latihan ni dalam bentuk senaman dan aktiviti seperti:
🌸Wheelbarrow walking
🌸Hanging on monkey bar
🌸Menolak benda berat
🌸Memanjat gril
🌸Tangan hayun di dahan pokok
🌸Mop lantai dengan kaedah lama (lap guna kain)
🌸Menulis dalam pelbagai posisi (meniarap, berdiri dan baring)
🌸Aktiviti merangkak
Semua aktiviti ni akan memberikan daya tahan kepada otot untuk sampai ke satu tahap keletihan supaya apabila menulis, mereka akan mengambil masa yang lama untuk bertahan dan berasa letih.
Tetapi jika anda dapati anak-anak anda mengelak atau cepat letih ketika buat aktiviti yang dalam gambar dan disebutkan, anda kena sentiasa menggalakkan anak meneruskannya, bukan dengan menggalakkan anak untuk terus berhenti.
Ini adalah benda yg paling penting dalam menulis yang anda harus take note. Kalau anak yang umur 7 tahun masih lagi memegang pensil dengan 5 jari, maka anda harus bertindak segera dengan memberikan aktiviti-aktiviti seperti ini. Ambil kira juga untuk memberikan anak alat memegang pensil supaya dapat betulkan caranya memegang pensil.
Dan untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun setengah, anda sudah boleh mulakan semua aktiviti ni. Jangan pandang remeh pada aktiviti ni semua sebab inilah penentu kepada kemahiran menulis anak anda.
Liyana Raya,
Occupational Therapist
Comments
Post a Comment