Mini Zoo Kemaman
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kita throwback sikit. Nak cerita tentang Mini Zoo Kemaman yang mungkin tak ramai tahu. Saya dan suami pun baru pergi awal tahun hari tu, saja nak tengok-tengok ada haiwan apa sebenarnya. Tambahan pula anak-anak umur 2 tahun setengah dan setahun 3 bulan masa tu, memang tengah excited tengok haiwan.
Waktu operasi mini zoo ni adalah:
Ahad - Khamis: 10 pagi - 5 petang
Jumaat, Sabtu & cuti umum: 9.30 pagi - 5 petang
Masuk RM10 untuk dewasa, kanak-kanak umur 5-12 tahun RM7. Bawah 5 tahun kira free. Ok la, sesuai la dengan harga tiket tu. Hehe. Boleh jadi tempat kunjungan family, bagus untuk anak-anak nak tengok haiwan-haiwan liar secara live.
Mula-mula masuk tu bayar tiket dan tunggu train dia kejap. Sepanjang jalan masuk tu boleh tengok burung kasawari kat sebelah kanan. Nak jalan kaki macam jauh juga so naik ajelah train. Hehe.
Lepas turun, belakang pondok menunggu train tu ada akuarium. Ada beberapa jenis je ikan, masa kami pergi tu airnya keruh sikit. Tempatnya dah cantik tapi kurang maintenance mungkin.
Belakang lagi, ada bahagian spesis burung. Mula-mula jumpa burung kakak tua warna hijau. Lepas tu banyak sangkar burung merak dan ayam. Boleh tengok dekat takde masalah. Cuma yang tak berapa best, daun gugur banyak dan dibersihkan oleh seorang pekerja je yang kami nampak. Macam kena tambah pekerja lagi untuk pastikan kawasan clear dari daun gugur tu. Lagi satu, cuak juga mula-mula sebab sunyi je kawasan tu. Cuma ada kita dan haiwan-haiwan situ. Bila jumpa pekerja baru rasa lega sikit hihi.
Dah puas tengok ayam dan merak, pergi ke simpang satu lagi tengok gajah, rusa, monyet kepala hitam ke apa entah namanya tak ingat..hehe. Lepas tu boleh tengok harimau belang dua ekor...besar. Dan nampak lagi tegap berbanding yang kat Zoo Negara punya. Zoo Negara punya harimau kan macam lemau sket hehe.
Atas kawasan harimau tu, ada jambatan gantung. Memang lalu betul-betul atas dia. Tapi tinggi la dan ada jaring yang cover kawasan harimau tu. Tapi kitorang tetap tak berani naik haha.
Then keluar balik kat pangkal simpang dan pergi ke arah sangkar buaya lak. Sebelum masuk kawasan buaya tu ada taman kecik yang menempatkan iguana, ular dan kura-kura. Belah dalam sikit baru ada buaya. Maisya kata, "Ee mama, crocodile..big eyes.." Cuak tetap cuak walaupun benda tu semua dalam sangkar.
Lastly, ada sangkar burung hantu, helang, enggang. Sangkar besar dan tinggi. Best boleh tengok burung hantu dekat-dekat. Dia duduk diam je walaupun masa tu hujan lebat. Cantik bulu dia. Seronok la anak-anak tengok.
Lepas pergi zoo ni, hari-hari si Maisya mintak, "nak pergi zoo. Nak tengok tiger, roarrr. Nak tengok elephant."
"Lagi ada apa kat zoo?"
"Ada crocodile..big eyes.. ada parrot..green parrot. Ada owl, tweet twoooo..."
Anak-anak sebesar ini memang kuat daya ingatannya kan. Dia minat nak belajar, kita support. Bagi tengok yang sebenar punya memang dia seronok! Berminggu-minggu lepas tu asyik ajak pergi zoo. Sampai sekarang pun kalau tanya, dia masih ingat ada green parrot, blue peacock.
So untuk sesiapa yang tercari-cari tempat nak berjalan kat Kemaman ni, selain pergi pantai, makan keropok lekor, sata, ha boleh la singgah kat mini zoo ni. Cuma jangan expect too much sebab bayaran pun RM10 aje kan. Hihi. For me, masih banyak improvement boleh dibuat sebab kawasannya cantik dan luas lagi tu. Banyak lagi haiwan boleh diletak.
Kalau tak silap dulu ada beruang, tapi tak taula sebab apa dah takde. Problem dana mungkin. So kita support la sikit ya dengan berkunjung ke sana, hehe.
Comments
Post a Comment