Cara Vivix bertindak ke atas sel badan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ok hari ni kita nak sambung tentang Vivix, tentang macam mana tindakan Vivix dalam membantu menyihatkan sel-sel kita.
Sebelum tu, untuk lebih pemahaman, saya cerita sikit tentang sistem badan kita. Unit paling kecil dalam badan kita adalah sel. Sel-sel berkumpul membentuk tisu. Tisu-tisu membentuk otot dan organ seperti jantung, hati, peparu, buah pinggang, usus, kulit dan sebagainya. Begitu juga dengan darah yang terdiri daripada berbillion sel darah merah, sel darah putih, platelet dan sebagainya.
Sehingga kini, saintis masih belum dapat kaji berapa jumlah sel dalam badan manusia secara purata, tapi mereka memberi anggaran sekitar 34 trillion sel dalam badan kita. Fuh berapa banyak sebenarnya trillion ni? Sejuta darab sejuta. MasyaAllah. Betapa hebat ciptaan Allah.
Dalam jutaan sel tu pula, ada sel yang cepat mati dan sentiasa berganti, ada yang lambat mati dan lambat digantikan. Sel-sel yang rosak dan mati perlu diganti supaya badan kita kekal sihat dan dapat berfungsi seperti biasa. Jika berlaku masalah seperti banyak sel rosak, bila diganti pula sel jadi abnormal, ini yang akan menyebabkan masalah kesihatan kerana sel, tisu, organ tidak dapat menjalankan fungsi seperti biasa.
Sel rosak sebab macam-macam faktor, pemakanan, pencemaran, faktor genetik dan sebagainya. Bagaimana Vivix terlibat dalam menyihatkan dan melindungi sel-sel badan kita? Ia terjadi melalui 4 cara bertindak iaitu:
1. Mempertahankan sel (Cell Defense)
Dalam satu kajian klinikal, ditunjukkan bahawa Vivix dapat merencatkan tekanan biologi, yang jika dibiarkan lama-kelamaan akan menyebabkan penuaan sel. Sel yang tua dan merosot tidak akan dapat berfungsi dengan baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Endocrinology and Metabolism menunjukkan ramuan utama dalam Vivix dapat menyekat penanda biologi selepas mengambil sarapan pagi tinggi lemak yang berjumlah 930 kalori. Oleh itu Vivix melindungi sel daripada kerosakan akibat tekanan biologi.
Kajian: A Resveratrol and Polyphenol Preparation Suppresses Oxidative and Inflammatory Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal. Date published: February 2, 2011.
2. Memberi tenaga kepada sel (Cell Energy)
Dalam satu kajian makmal, Vivix meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel. Tenaga dalam sel dijana oleh mitokondria. Seperti dalam gambar, lebih banyak jumlah mitokondria (kawasan biru) apabila diberi Vivix. Bahan dalam Vivix menggalakkan pembentukan baru mitokondria untuk meningkatkan tenaga sel sekaligus meningkatkan prestasi sel badan kita.
3. Membaiki dan melindungi sel (Cell Repair)
Setiap hari, sel kita diserang oleh pelbagai faktor yang menyebabkan kerosakan sel, antaranya radikal bebas. Serangan ini boleh menyebabkan "typo" atau kesalahan pada DNA kita yang boleh mengurangkan hayat sel, seterusnya memudaratkan kesihatan badan kita.
Kajian makmal menunjukkan ramuan utama Vivix mampu mempertahankan sel daripada kerosakan DNA dan menyokong replikasi DNA bagi fungsi sel yang sihat.
Atas sebab ini jugalah, Vivix sangat sesuai untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi kerana banyak sel musnah akibat kemoterapi dapat diganti semula dengan cepat. Hasilnya pesakit lebih bermaya dan lebih bertenaga.
4. Meningkat prestasi sel (Cell Performance)
Di dalam kajian, ramuan Vivix juga mengaktifkan pengawal genetik yang membantu meningkatkan prestasi sel dan melambatkan penghasilan protein AGE.
AGE (Advance Glycation End products) adalah bahan akhir hasil daripada diproses oleh sel badan. Jika dibiarkan berkumpul, lama-kelamaan protein AGE akan merosakkan sel dan menyebabkan kemerosotan sistem tubuh badan.
Vivix dihasilkan setelah saintis Shaklee buat kajian lebih 3 tahun berdasarkan kajian saintis Universiti Harvard, Dr Sinclair atas kajiannya terhadap resveratrol. Nanti saya ceritakan pula mengenai sejarah penghasilan Vivix ya.
Hanya amalkan satu sudu teh sehari untuk rasai perbezaannya. Satu sudu teh Vivix (5 ml) membekalkan 100mg resveratrol, bahan utama yang bertanggungjawab atas banyak kesan positif dari Vivix.
Nak order Vivix untuk tingkatkan kesihatan? Nak hadiahkan pada mak ayah? Boleh contact saya di http://www.wasap.my/60193694187
Setiap pembelian berhak dapat free consultation ya!





Comments
Post a Comment