Tips supermom: curi masa selesaikan urusan rumah tangga

Assalamualaikum semua,

Saya pasti ramai ibu yang tercari-cari tips mengurus masa dan urusan rumahtangga. Apetah lagi ibu bekerja kan, lagilah perlu tips untuk siapkan kerja cepat. Ibu nak bisnes dari rumah pun sama.

Dulu masa bekerja, saya rasa, bestnya duduk rumah boleh jaga anak macam mak-mak kita buat dulu. Siap nyatakan hasrat ini pada suami, dan alhamdulillah suami bagi izin.

Bila dah jadi surirumah dan ada anak, eh tak ku sangka takde masa pulak nak goyang kaki. Mungkin sebab kebanyakan kerja hanya dapat berjalan lancar bila anak tido. Kena pulak anak tak boleh kena tinggal. Mak pergi toilet kejap pun dia nangis bukan main. Siap jiran selalu tanya, kenapa anak tu Hani... haha. Bila tak dengar dia nangis tu maknanya kitorang takde kat rumah la hari tu.

Ini bukanlah luahan/rungutan jadi surirumah mahupun nak compare dengan yang bekerja. Sekadar nak share pendapat masa bekerja vs masa jadi surirumah sepenuh masa. Sungguh, dulu saya ingat jadi surirumah ni dapat rileks sikit. Bekerja kan penat... hmm. Rupanya amekaw. Takde maknanya rehat. Anak sepah mainan tu saya dah tak kisah. Terpijak lego dan mainan lain dah biasa. Yang penatnya sebab kesan-kesan makanan di karpet, lantai, sofa. Lepas dah sapu dan lap bersih, jadi lagi berkali-kali. Ni belum lagi potty training dan ada "accident". Mau jadi hijau merah mak ni.

Bila nak start bisnes Shaklee, lagi pening memikirkan macam mana nak curi masa ni? Sebenarnya ada jalannya. Kalau Allah dah letakkan kita di satu jalan yang baik, Allah akan bagi kita cara-cara dan ilham untuk lalui jalan tu. Yang pentingnya kena usaha dan doa.

So, untuk "curi masa" ni, antara tips penting yang saya try ikut dan Alhamdulillah dapat rasai perbezaannya:

1. Buat to-do list untuk keesokannya. Mudah untuk kita refer balik takut-takut ada yang terlupa. Susun jadual ikut timing anak-anak lagi bagus. Hehe.

2. Selesai solat subuh, spend masa dengan mengaji al-Quran. Mengaji sebenarnya tidak mengurangkan masa yang kita ada, malah memberkatinya. So cubalah selitkan waktu mengaji setiap hari walaupun hanya satu muka surat ya.

3. Solat di awal waktu. Ini serius, memang betul ada bezanya bila kita solat awal waktu. Bila solat awal, masa tu terasa lagi panjang. Hati pun tenang.

Kadang-kadang kita lengahkan sikit waktu solat Zohor misalnya, sebab nak lipat baju dulu, nak masak nasi dulu, nak bagi anak makan dulu, tapi percayalah nanti masa akan jadi cepat je berlalu. Kalau kita solat dulu (which is 7-10 minit je), lepas tu siapkan kerja-kerja yang dah listed tu, tengok jam eh, baru pukul 1.40 p.m. rupanya? Seronok tau. Nampak keberkatan masa Allah bagi cash di situ.

4. Konsisten solat dhuha. Mohon Allah murahkan rezeki kita. Rezeki ni macam-macam: anak sihat, suami naik pangkat, mak ayah sihat walaupun dah tua, seluruh ahli keluarga ipar duai baik-baik, banyak sangat nak list. Bukan sekadar wang ringgit. Solat dhuha paling kurang 2 rakaat, kalau rajin boleh buat 4 atau 8 rakaat. Disiplin untuk konsisten ni kena ada, kena "paksa" sikit mula-mula. Lama-lama akan terbiasa dan jadi tabiat.

5. Bab memasak pula, kalau cara saya, saya masak lauk dinner banyak, then yang balance tu bawa untuk lunch esoknya, since saya dan anak-anak je makan so tak kisah sangat. Hehe. Dinner nanti try siapkan awal jugak dalam pukul 6.

Nak jimat masa lagi, buat stok siap-siap bawang blend, cili blend, apa-apa lagi yang kita biasa guna. Lauk macam ayam, ikan, daging dan sebagainya boleh pack dalam plastik jernih tu ikut portion sekali masak. Kalau guna plastik, lebih fleksibel nak selit di ruangan freezer berbanding guna bekas macam tupperware kan.

6. Terasa penat dengan pelbagai urusan? Jom zikir. Zikir yang Rasulullah ajarkan kepada anakanda Baginda, Fatimah, iaitu Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x. Moga Allah berikan ganjaran besar bagi ibu bapa yang penat lelah mencari rezeki dan membesarkan anak-anak dengan penuh tanggungjawab.

7. Last but not least, keep calm and let's Shaklee. Haha! Kalau memang kerap stress, silalah ambil B Complex/Ostematrix/Cinch Tea. Bagi turun sikit stress. Hati tenang, fikiran lapang, banyak ilham akan datang. Badan pun lebih sihat kan kan?

Sekian perkongsian dari saya. Sesape yang ada better ideas boleh tambah sini ya. Moga bermanfaat untuk semua. Jom jadi lebih baik dari semalam.

Wassalam,
Hani


Comments

Popular posts from this blog

Mini Zoo Kemaman

Kisah anak yang picky eater