Pengedar Shaklee Kemaman 2017 yang aktif dan awesome

Assalamualaikum kepada semua pembaca...

Bersempena post pertama ni kita nak intro dulu la. Jom kita berkenalan!

Haiiii.. nama saya Nur Azhani binti Amdan, berumur 30 tahun pada tahun 2017 ni. Berasal dari Maran, Pahang tapi menetap di Kemaman, Terengganu. Alhamdulillah sudah berkahwin dan ada dua puteri comel umur 2 tahun lebih dan setahun lebih. So boleh la panggil Hani je senang nak ingat  ^_^

Tujuan saya join Shaklee - salah satunya untuk hidup lebih sihat. Kenapa? Sebab walaupun umur baru masuk 30, badan selalu rasa lemau, lenguh-lenguh. Selalu kita yang ada anak kecik-kecik ni mesti rasa faktor anak kecik la kan; dia meragam buat kita tak cukup tidur, dia aktif sangat sampai kita tak cukup rehat, dan sebagainya. Betul ke letih sebab anak kecik aje? Hmmm...

Kalau tengok balik cara hidup kita, terutamanya cara pemakanan kita, lengkap tak nutrisi harian kita? Bila buat survey rata-rata orang mesti kata, selalunya tak ikut pun piramid makanan untuk makanan seimbang.

Tak ramai yang makan pelbagai jenis sayur, dan ada yang memang tak makan sayur langsung pun. Buah? Tak setiap hari pun ambil. Kalau dalam kes saya sendiri, bila ada beli sepeket buah anggur/epal/oren tu ada la makan. Nanti bila dah habis, tak beli dah. Tunggu next time teringat nak ambil pulak baru la ada balik dalam peti sejuk tu. Haih. Itu belum lagi masuk fast food dan makanan ringan.

...........

Jadi kalau kita tengok gaya hidup kita sekarang:

☑ Banyak makan nasi dan lauk, kurang ambil sayur dan buah.

☑ Kadang-kadang nasi dan lauk aje. Sayur jarang-jarang. Buah langsung tak ada dalam seminggu tu.

☑ Tiap-tiap minggu ada makan fast food, nugget dan fries walaupun goreng kat rumah, atau makanan western macam chicken chop, fish and chips, etc.

☑ Bersenam? Bila entah last buat? Huhu.

Kalau semua ada tick, agak-agaknya berapa peratus kemungkinan kita diserang penyakit-penyakit zaman kini dalam usia muda? Nauzubillah. Tak mahu ada sedikit pun simptom penyakit-penyakit kronik.

Jom kita sama-sama nilaikan kualiti pemakanan dan gaya hidup kita. Semuanya menyumbang ke arah tahap kesihatan kita tak kiralah dalam jangka pendek atau jangka panjang. Kita semua mahukan hidup sihat, kalau boleh sampai akhir hayat tu nak sihat, kan?

Yang mana dah ada masalah kesihatan "kecil-kecil", meh cepat-cepat contact saya. Yang mana masih sihat tapi sangat ambil berat tentang kesihatan diri, sangat dialu-alukan untuk bertanya lebih lanjut. Produk Shaklee ada pelbagai khasiat dan InsyaAllah mampu membantu anda untuk hidup lebih sihat. Consultation diberikan mengikut keadaan individu tau, sesuatu yang istimewa yang tak terdapat pada brand lain di farmasi mahupun kedai jamu.

Tak kisah di mana pun anda berada, seluruh Malaysia, Brunei, Singapore mahupun Indonesia, boleh contact saya. Pengeposan bisa diaturrr...

Kalau anda tinggal di Kemaman, boleh COD di  Taman Astaka atau Petronas Binjai. Pilih mana-mana yang lebih dekat dengan rumah anda ye.

Jom cegah penyakit! Bak kata orang, kesakitan tu lagi mahal daripada kesihatan.

Whatsapp/SMS: 019-3694187 (Hani)

Nur Azhani Amdan
Shaklee Independent Distributor
ID 1243721



Wassalam dan semoga ceria selalu!

Comments

Popular posts from this blog

Mini Zoo Kemaman

Kisah anak yang picky eater

Tips supermom: curi masa selesaikan urusan rumah tangga