5 tanda kanak-kanak yang bagus "self-regulation"

Assalamualaikum semua...

Post ini tentang tingkah laku kanak-kanak. Diharapkan dapat beri manfaat pada ibu bapa di luar sana ya. Nota ni saya dapat dari Facebook Ilyani Munsarikh. Saya panjangkan di blog sebagai rujukan saya di masa akan datang serta rujukan semua pembaca blog ini =)


5 tanda kanak-kanak bagus 'self-regulation'
.........................................................................

Ibubapa dan pendidik perlu tahu membezakan antara kemahiran sosio-emosi dengan self-regulation. Kemahiran sosio-emosi sangat luas skopnya. Manakala self-regulation sebahagian daripada kemahiran sosio-emosi. Kanak-kanak yang ada self-regulation akan boleh bergaul dengan baik samada dengan rakan sebaya atau masyarakat.

Latihan sejak kecil amat perlu untuk memastikan kelangsungan hidup dalam masyarakat dan menghadapi cabaran masa hadapan. Antara tanda kanak-kanak yang bagus self-regulation adalah seperti berikut:

1) Apabila bermain berkumpulan minima 2 orang, boleh ikut peraturan, bukan lari dari kumpulan.

2) Apabila bermain berkumpulan minima 2 orang, boleh tunggu giliran jika perlu. Bukan resah dan tidak boleh duduk diam.

3) Apabila bermain berkumpulan minima 2 orang, boleh kongsi alatan dan bahan.  Bukan marah apabila bahan perlu diagih.

4) Apabila bermain berkumpulan minima 2 orang boleh tenang, atau sedih, atau marah, tapi masih boleh kawal diri. Bila kawan terlanggar atau terpijak badan, bukan membalas dengan kekerasan seperti menggigit, memukul, menumbuk dan seumpamanya.

5) Apabila bermain berkumpulan minima 2 orang, tahu hormat hak orang, boleh minta izin jika mahu pinjam. Bukan main rampas dari tangan orang.

Oleh:
Nurul Ilyani
Loppy

So lepas baca nota ni, rasa penting tak self-regulation skills di kalangan kanak-kanak sekarang? Penting, sebab kanak-kanak sekarang lebih banyak dengan gadjet dan selalu tantrum dengan parents mahupun cikgu taska.

Kanak-kanak yang tak bagus mengurus emosi dia, mungkin akan hadapi lebih banyak masalah dalam pembelajaran di masa akan datang, dan akan bagi masalah pada cikgu-cikgu juga! Kesian kat cikgu kalau ramai pelajarnya macam tu. Kita yang ada anak 2 orang tak mahu dengar cakap pun dah rasa nak menyinga, apatah lagi cikgu yang kawal berpuluh orang murid dalam satu kelas. Huhu.

Kalau ada anak-anak yang bermasalah bab self-regulation ni, boleh la join kelas-kelas yang dianjurkan oleh juruterapi. Boleh follow fb Ilyani Munsarikh ya for more info.

Comments

Popular posts from this blog

Mini Zoo Kemaman

Kisah anak yang picky eater

Tips supermom: curi masa selesaikan urusan rumah tangga