Shaklee halal tak?
Assalamualaikum semua...
Post kali ini nak terangkan tentang status halal produk Shaklee. Maklumlah produk dibuat di US. Semestinya sebagai orang Islam kita mesti ambil tahu dulu, halal tak makanan yang nak diambil ni?
Ok jangan risau saudara-saudari... saya akan terangkan satu2 ya..
1. Produk Shaklee halal tak?
Produk Shaklee sememangnya halal.
Shaklee telah diiktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang merupakan badan halal yang juga diiktiraf oleh JAKIM.
2. Kenapa bukan JAKIM yang iktiraf dan bagi sijil halal?
Proses audit halal memerlukan pihak JAKIM pergi ke kilang pemprosesan...tapi kilang Shaklee ni di California jadi tak cost effective lah untuk pihak JAKIM terbang ke sana. Di Malaysia sendiri pun banyak kilang yang memerlukan pengawasan pihak JAKIM, jadi adalah lebih baik jika JAKIM audit cara pemberian sijil halal oleh badan halal di sana dan iktiraf mereka sekiranya JAKIM bersetuju dan berpuas hati dengan badan tersebut. Jimat masa, wang dan tenaga serta dapat meluaskan perhubungan badan-badan halal antarabangsa, bukan?
3. Kat botol Shaklee tak ada cop halal pun...di mana bukti halalnya?
Ya, Shaklee tidak keluarkan cop halal untuk setiap botol. Tetapi Shaklee gunakan sijil yang diberi oleh ISA sebagai bukti produk mereka halal. Kesemua produk Shaklee yang terlibat dalam pensijilan halal diaudit sekaligus, jadi satu sijil boleh digunapakai untuk kesemuanya. Maka tiadalah keperluan untuk cetak cop halal untuk satu-satu produk.
Okay...so dah terjawab tak persoalan tentang halal si Shaklee ni? Hehe. Sebarang pertanyaan boleh terus contact saya ya:
Hani
0193694187
Comments
Post a Comment