10 manfaat Herbal Blend...dan lebih lagi!

Assalamualaikum semua pembaca yang budiman,

Hari ni saya nak share tentang salah satu item yang sangat laris iaitu Herbal Blend. Dulu masa saya mula-mula join Shaklee dan masuk group whatsapp members, semua dok excited Herbal Blend baru restock setelah lama takde kat HQ. Saya blur amende la Herbal Blend ni, dan tertanya-tanya kenapa semua pakat borong. Lepas baca banyak-banyak pasal Herbal Blend dan test sendiri krim ni, baru tau kenapa semua orang berebut.


Ok so apa itu Herbal Blend? Ia sebenarnya krim multipurpose yang biasanya digunakan untuk rawat masalah kulit. Antara kegunaannya:

1. Melegakan gatal-gatal kulit akibat alahan, ekzema, gegata/sopak garam, gigitan serangga dan lain-lain jenis gatal kulit. Boleh digunakan di kulit kepala yang gatal akibat kelemumur.

2. Menghilangkan parut akibat chicken pox, campak, HFMD.

3. Menghilangkan ruam panas, ruam susu dan ruam lampin pada bayi.

4. Merawat kulit bahagian tumit yang pecah, bibir kering, dan lain-lain bahagian kulit yang kering terutamanya akibat pendingin hawa.

5. Mengelakkan gelembung kesan melecur minyak panas dan air panas, membantu menghilangkan parut.

6. Melegakan rasa "panas" akibat penggunaan sabun basuh yang kasar pada kulit.

7. Membantu melegakan kembung perut, boleh dijadikan seperti minyak angin untuk bayi.

8. Memberi keselesaan semasa demam; kandungan sage dalam herbal blend membantu menurunkan suhu badan.

9. Menghaluskan kulit kasar.

10. Sebagai losyen harian untuk melembapkan kulit.


Herbal blend ni selamat digunakan pada semua peringkat umur, diformulasi tanpa paraben, steroid dan lain-lain bahan kimia yang memudaratkan kesihatan. Ramuan utamanya diekstrak secara semulajadi termasuklah daun sage, yarrow, horse chestnut dan rosemary.

Krimnya warna putih, tekstur pekat tapi senang menyerap dan tidak berminyak. Ada kandungan menthol yang beri sedikit cooling effect. Tak panas ye..

Oleh sebab dia sangat multipurpose, mama Maisya dan Iris ni memang standby terus dalam handbag. Ibu-ibu meh la standby jugak dalam handbag satu sorang. Pergi kenduri panas, anak naik ruam peluh, terus boleh buka handbag dan sapukan krim ni kat anak.

Postage satu Malaysia. Kalau kat Kemaman, boleh free COD di Petronas Binjai ya!

Wassap terus senang =)
Hani
0193694187


Comments

Popular posts from this blog

Mini Zoo Kemaman

Kisah anak yang picky eater

Tips supermom: curi masa selesaikan urusan rumah tangga